Soalan Lazim

HBagaimanakah saya boleh mendapat panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan (IFU) bagi produk tertentu?

Untuk IFU Profesional:

  1. 1. Pilih Continent (Benua) > Country (Negara) > Languages (Bahasa). Pilih Continue (Teruskan).
  2. 2. Masukkan nama atau nombor model produk atau tapis mengikut Segment (Segmen), Category (Kategori) dan Family (Keluarga).
  3. 3. Pilih Search (Cari).

IFU yang diluluskan untuk negara tersebut dan produk yang dipilih akan dipaparkan.

 

Untuk Manual Pesakit:

  1. 1. Pilih Continent (Benua) > Country (Negara) > Languages (Bahasa). Pilih Continue (Teruskan).
  2. 2. Masukkan nama atau nombor model produk dan pilih Search (Cari).
  3. 3. Atau pilih pautan kepada produk tertentu.

Manual pesakit yang diluluskan untuk negara tersebut dan produk akan dipaparkan.

 

Mengapakah negara saya tidak disenaraikan? (Arahan Penggunaan sahaja)

Negara anda mungkin tidak diluluskan untuk IFU elektronik pada masa ini. Produk tersebut akan disediakan dengan IFU dalam bentuk kertas. Jika anda memerlukan salinan IFU, sila hubungi kami menggunakan yang sesuai. Global Locations and Contacts | Abbott U.S..

Mengapakah produk tersebut tidak disenaraikan di negara saya? (Arahan Penggunaan sahaja)

Produk tersebut mungkin tidak diluluskan di negara terpilih dan/atau mungkin tidak diluluskan untuk Arahan Penggunaan elektronik pada masa ini. Produk tersebut akan disediakan dengan Arahan Penggunaan dalam bentuk kertas. Jika anda memerlukan salinan Arahan Penggunaan, sila hubungi kami menggunakan yang sesuai. Global Locations and Contacts | Abbott U.S..

Bolehkah saya menggunakan panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan dari negara lain?

Tidak, panduan maklumat pesakit dan Arahan Penggunaan yang diluluskan untuk setiap negara mesti digunakan.

Bagaimanakah cara untuk saya boleh melihat panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan elektronik?

Adobe Reader 6.0 atau lebih terkini diperlukan untuk melihat fail PDF.

Klik pada nama PDF dalam hasil carian. Fail akan dipaparkan dalam pelayar web anda. Fail tersebut boleh disimpan, dicari atau dicetak menggunakan fungsi Adobe Reader. Pembaca PDF percuma tersedia di sini melalui Adobe Systems.

Pelayar web yang dicadangkan ialah:

  • Chrome. Sila lawati Google untuk memuat turun.
  • Mozilla Firefox. Sila lawati Mozilla untuk memuat turun.
  • Microsoft Edge. Sila lawati Microsoft untuk memuat turun.
  • Safari. Sila lawati Apple untuk memuat turun.

Bagaimanakah saya boleh melihat versi terdahulu panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan?

Untuk pelanggan di luar Amerika Syarikat, hasil carian akan memaparkan ciri untuk mengembangkan dan menunjukkan versi terdahulu, nombor dokumen dan tarikh diterbitkan.

Bagaimanakah saya tahu sama ada panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan telah disemak?

Panduan maklumat pesakit atau dokumen Arahan Penggunaan mungkin disemak dari semasa ke semasa, jadi rujuk halaman Web ini bagi versi terkini.

Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sama ada Arahan Penggunaan telah disemak atas sebab-sebab keselamatan?

Abbott mempunyai proses rasmi bagi menentukan masa Tindakan Pembetulan Keselamatan Lapangan (Field Safety Corrective Actions (FSCA)) diperlukan. Sekali-sekala, FSCA mungkin termasuk semakan segera kepada arahan penggunaan yang disyorkan. Dalam keadaan sedemikian, proses Abbott memerlukan pengedaran Notis Keselamatan Lapangan kepada setiap Penyedia Penjagaan Kesihatan (HCP) yang telah menerima produk yang terjejas untuk memaklumkan kepada mereka mengenai arahan penggunaan disyorkan yang telah disemak. Jika IFU di laman web telah dikemas kini atas sebab-sebab keselamatan, sebab tersebut dipaparkan di bawah medan RevisionType (Jenis Semakan).

Bagaimanakah cara untuk saya memuat turun panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan elektronik?

Untuk versi terkini, klik pada nama PDF dalam hasil carian. Fail akan dipaparkan dalam pelayar web anda. Fail tersebut boleh disimpan, dicari atau dicetak menggunakan fungsi Adobe Reader. Pembaca PDF percuma tersedia di sini melalui Adobe Systems.

Bagaimanakah cara untuk saya mencetak panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan elektronik?

Untuk versi terkini, klik pada nama PDF dalam hasil carian. Fail akan dipaparkan dalam pelayar web anda. Fail tersebut boleh disimpan, dicari atau dicetak menggunakan fungsi Adobe Reader. Pembaca PDF percuma tersedia di sini melalui Adobe Systems.

Di manakah saya boleh mendapatkan definisi simbol label?

Setiap panduan maklumat pesakit dan Arahan Penggunaan mengandungi definisi simbol label. Untuk simbol terharmoni yang paling digunakan, klik di sini.

Bagaimanakah saya meminta salinan kertas panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan?

Hubungi khidmat pelanggan melalui telefon, faks atau e-mel.

Untuk borang permintaan dalam talian, akses IFU tertentu menggunakan arahan di bawah Bagaimanakah saya boleh mendapat panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan (IFU) bagi produk tertentu?

Kemudian, pilih Pesan Salinan di bawah nama PDF tersebut.

Berapa cepatkah pelanggan akan menerima salinan kertas panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan?

Pelanggan di Kesatuan Eropah akan menerima panduan maklumat pesakit atau Arahan Penggunaan bercetak tanpa kos tambahan dalam masa 7 hari kalendar. Di lokasi lain, penghantaran akan mengikut peraturan tempatan.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Pengenalan Peranti Unik (Unique Device Identification (UDI)) untuk peranti tersebut?

Rujuk label produk. UDI terdiri daripada dua bahagian: 16 digit pertama ialah UDI-DI dan 18 digit terakhir ialah UDI-PI.

Unique Device Identification *Pengecam Peranti = 16 digit pertama

Anda boleh menggunakan UDI-DI di laman web EUDAMED untuk mengakses maklumat berkaitan peranti, seperti Ringkasan Keselamatan dan Prestasi Klinikal (Safety and Clinical Performance (SSCP)).